Tuesday, October 9, 2012

Moment bawak Motor



Dah lama rasenye tak update entry baru ^.^ Malam nii teha amek peluang ni nak share entry dengan korangg ! Haha .
Sejak akhir-akhir nii , aku dengan Crush selalu sangat jumpe sekarangg . Lepas je aku balik sekolah tadi .. Terus jumpa diaa .. Dalam pukul 5.30ptg aku balik bawak moto . Tengah2 bawak moto tu aku teringat kenangan time kiteorang couple balik . Senyum sensorang aku sambil bawak moto .. Kawan . Panggil kau aku . Then couple untuk sehari . Tapi , aku taknak lepaskan dia ! Yess (Y) Aku lahh Gurl yang paling happy time tuu ! Sangat2 happy .. Aku harap hubungan kami selepas ini akan terus ke jinjang pelaminn ^.^ Aminn ~



p/s : Aku rindu Dia .

Friday, September 21, 2012

My Account ♥

Heyy korangg ! Today aku nak update pasal Account Burung Biru akuu !
Nahhh ! Amekk nihh cepatt .. https://twitter.com/sepetsahaja
Baru lagi kot aku guna Burung Biruu nihh :)
Follow aku okeyy . Winkwink ^.^


Then , aku baru sign up BLOGSKIN >,<
Setakat ni dah 2 Skin aku buat .. http://www.blogskins.com/me/sepetsahaja
Kenapa aku buat ? Sebab aku saje suka-suka . Haha .
Selekehh kan ? Biarlahh ! Hehe .



Yang nihh pulak Account ASK.FM akuu .
Haha . Pun buat sajesaje ^.^
http://ask.fm/SepetSahaja . Tanye laa aku macam-macam soalan ! Aku bersedia menjawabb ! ♥


Yang tu je Entry aku untuk hari ini ♥ Bubye Youalls ♥

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia !


Hari ini 16 Sept 2012 .. Hari Malaysia yang ke-49 .. Betulkan saya kalau saya salahh ?
Pagi-pagi aku dah update post pasal hari Malaysia kan ? Hehe ♥
Semangat aku berkobar-kobar .. ♥
Tarikh 16 Sept ini , serius banyak giler yang pernah terjadi dalam hidup aku selain Hari Malaysia ni .
Tapi aku taknak cerita pasal aku , aku nak cerita pasal Malaysia !

Hari Malaysia disambut pada 16 Sept setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada 1963 . Sabah , Sarawak , Singapura serta Tanah Melayu telah membentuk Malaysia . Tu je kot yang aku tahu , lepas tu Singapura menarik diri dalam pembentukan Malaysia . Ohh Yeahhh (Y)


Gambar ni aku amik kat MR. Google .. Puas aku geledahh !
Terasa nak ngapp jee .. Lapar pepagi nihh ..
K lahh , tu je nak share .. ILOVEYOU ALL ..
ILOVEFENDY more .. hehe ♥

Saturday, September 15, 2012

Interview Mass Communication ♥


Pagi tadi , family aku hantar aku ke Universiti Teknologi Mara dekat Lendu !
Kira-kira kiteorang sampai dalam pukul 8.45 pagii .
Kiteorang sampai , aku terus masuk Dewan Kuliah 3 ..
Prrttt ! Sumpah malu weyy -.-
Masuk-masuk je handphone aku berbunyikk ! Lupe silent laa -.-

Time uh kiteorang ade ujian bertuliss ..
Pen aku tersalah bawakk ! OMG !
Luarnya pen warna biru , dalamnyaa ? Dakwat pen merahh !
Nak taknak aku terpaksa lahh buat je dengan muka tak malu -.-
Dia suruh aku buat essay , aisehmenn ! aku bab-bab macam ni yang fail nihh .
Buat je walaupun takde idea ! Haha . tak sampai 100patah pun essay aku .
Pemalas kan ? bukan .. No idea !
Sumpah time ni aku takde semangat dahh ..

Second programme , kami di interview oleh pensyarah disituu !
Seram sejuk ! aku takut pasal essay aku yang aku tulis pakai pen merah uhh .. Fuhh !
Aku orang yang ketiga kena panggil .
Time aku kena sesi soal jawab in English uhh .
Seriuss ! English aku teraburr ! Errr , Arrr , Hmm ~ Haha !
Malu weyy !
Tapi yang pentingg ! Aku dah pergi ..
Sekarang tanggungjawab dia bagi aku masuk ke tak ! hehehe <3
K lahh , tu je nak post ..
Tatatata ♥ 


Tuesday, September 4, 2012

Milikmu Seorang ♥


Bermula detik perkenalan kita . Aku dah tahu kau memang macam yang aku sangka . But now , kau makin lama berubah menjadi lebih baik dari dulu :') Aku bersyukur kerana Allah panjangkan umur aku untuk terus rasa nikmat bercinta ni bersama kau </3 Truthly from my heart . Susah nak berpisah dengan kau . Sebab aku dah tanamkan dalam hati aku , kau bakal jadi ayah kepada anak-anak aku :') Mungkin orang lain dengar macam tak percaya . Tapi memang ini impian aku . Ramai boleh mempertikaikan kenapa itu , kenapa ini .. Heyy ! ask yourself ! Korang pernah bahagia ? Macam itu lahh rasanya pada kami </3 Memang banyak salah aku dalam hubungan nii . Sumpah ! takde niat nak bagi pasangan aku sakit hati . Aku akan terus berusaha semaksima mungkin untuk jadikan hari-hari yang akan datang lebih indah dan bermakna untuk KITA ♥

*p/s : Maaf kalau awak marah saya post macam nii . Saya post sambil menangis :')

Thursday, August 30, 2012

Tips hilangkan bekas jerawat :)



Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Monday, August 27, 2012

Vida ♥



Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat

Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka



Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan



Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku



Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku



Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu



Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

* Aku suka lagu ni start dari Si Dia nyanyi dengan Aku ♥

Sunday, August 26, 2012

Peace No War ♥


Sweet tak kami ? weee ! Dia adek aku yang last , kalau korang perasan lah kan ? banyak gambar aku dengan dia ! Dia comel sangat ! ♥ Time nih kami waiting train nak gerak tengok FootBall ! sempat lagi snap beberape picture :)

Actually , aku takde ape pun nak cerita kat blog ni .. just nak pastikan blog aku ade terisi post yang baru ! haha ♥

Selepas sekian cuti sekolah , akhirnya ! sambung semula esok hari ! haha , bapak malas nak mampuss !

  • Kasut dah berabuk ! tak cuci -.- 
  • Baju sekolah tak gosok lagi -.-
  • Tudung sekolah tah mane2 -.-
  • Jadual tak ikot -.- 

haha , hancus nak mampuss ! selasa ade exam Ekonomi pulak tuhh -.- satu ape pun tak bace whoii !
ape aku nak jawab kat paper tuhh ? tape , jawab mcm ni boleh kodd " Cikgu ! Saya Banyak Kumpul duit raya ! mane ade mase -.- hahaha "

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya 2012 ♥

Dah 5 Syawal berlalu .. Tapi aku baru nak update pasal Raya ! Haha , sibuk sangat melayan tetamu .. Sibuk layan My Future Husband :) ILoveyouFendy ! Haha .
First raya , pepagi uh aku bagun awal nak kemas ape yang patut .. Lepas sembahyang Raya , family aku semua siap-siap nak pergi kubur arwah Nenek Saya ! Aku pakai baju kurung tahun lepas .. Just siap-siap macam uh jee ♥


Gambar kat atas ni before aku pergi kubur Nenek ♥
Then , pas balik dari kubur .. Kiteorang tunggu sedara-mara datang rumah..
Sekali dorang datang ! Ramai gilerr ! Meriah sangatt ! Dapat la jugak aku duit raya !


Baju tu Fendy bagi ♥ Thanks sayang ! Raya ni memang bermakna bagi aku .. Semoga Raya yang seterusnya akan lebih bermakna dari tahun ini .. ♥ ♥


Monday, August 13, 2012

Lindungi Kawan Kami :'(


Lindungilah sahabat kami Ya Allah ! Sembuhkanlah dia :'( Aku harap family dia tabah menghadapi semua ini .. Ely , aku harap abang kau cepat sihat .. Amin ~ Tolong doakan kesihatan Ahmad Ilham Haikal ! Dia menghadapi saat kritikal saat ini . Hanya Allah yang tahu macam mana keadaan dia .. Aku dan kengkawan dia yang lain akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia .. Amin ~

Sunday, August 12, 2012

Hidup aku dilengkapi Fendy


Dia lah teman aku selama ni :) tempat aku mengadu :) bahu yang selalu aku tumpang tuk nangis :'(
Nazirul Afandi .. Aku berjanji ! Aku akan jaga kau seumur hidup aku !
Hanya kau saat ni .. Try la pisahkan kiteorang ! Memang kau bermain api dengan aku :/
Mencari maut namenye tuu ! Haha , pape pun Thankiess sayang ! Kau hadir dalam life aku :'(

Friday, August 10, 2012

Tips menjaga hati kekasih :)



Today sepet nak cerita pasal tips MENJAGA HATI KEKASIH ! nak tahu kenapa teha terfikir pasal tips ni ?
Sebab sepet nak jaga hati dan perasaan KEKASIH sepet :) Here i have something nice tips for you all :)

One -> Beri Perhatian Lebih
Perlakukan si dia berbeza dan lebih baik dari orang lain. Ketika dia ulang tahun atau event-event tertentu ucapkan selamat dan juga boleh anda beri hadiah. Buatlah seolah-olah dia seorang yang istimewa dan anda tidak mahu kehilangan dirinya. Jika dia ada masalah, bantulah sekurangnya dengan mendengar luahan atau curahan serta membantu dengan memberi penyelesaian. 

Two -> Ungkapan Cinta Yang Tulus Dan Wajar
Jangan memberi ungkapan yang berlebihan yang tidak sesuai dengan kenyataan. Ungkapkan cinta anda secukupnya secara munasabah tidak dibuat-buat secara paksa. Varasi ungkapan cinta anda dengan pelbagai kaedah dan cara agar tidak bosan.

Three -> Pelajari Sifat Dan Kelakuan
Amati dan pelajari apa-apa yang ia sukai dan apa-apa yang tidak disukainya. Jika anda sudah tahu, jangan lakukan hal-hal yang tidak ia sukai dan lakukanlah apa yang dia suka selagi tidak melanggar undang-undang, dan agama serta tidak membebani anda. Elakkan hubungan seks di luar nikah untuk mengelakkan masalah yang boleh muncul. Tolak dengan baik ajakan-ajakan yang berbahaya, kerana belum tentu ia akan berkahwin dengan anda.

Four -> Jangan Berkira Dan Kedekut

Ketika sedang pergi berdua jika boleh tanggunglah kos-kos seperti makan, menonton, belanja, jajan, transport, dan sebagainya. Jangan asyik nak di belanja sahaja tanpa mahu mengorbankan sedikit wang anda untuk orang yang anda sayangi. Tetapi jika salah satu ada yang sudah bekerja dan yang satunya tidak bekerja, dibayari adalah sesuatu yang wajar.

Five -> Perjelas Hubungan Ke Depan
Komitmen berkahwin merupakan sesuatu yang penting dan perlu disepakati yang menunjukkan bahawa anda dan pasangan saling mencintai. Komitmen tersebut boleh didedahkan di awal mahupun setelah lama berkaitan. Semakin jelas hubungan anda dengan dirinya, maka semakin kuat ikatan batin anda dengan si dia. Lebih-lebih lagi jika keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui serta merestuinya. Berdoalah kepada Tuhan agar anda kelak bahagia bersama pasangan anda.

Six-> Hubungan Keluarga Yang Baik
Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menyatukan kedua-dua keluarga.

Seven -> Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri
Jadi sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.Jangan membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur ​​tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.

Eight -> Menjaga Emosi
Jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk membendung amarah si dia. Ungkapkan anda tidak suka jika dia marah membabi-buta. Jika si dia melakukan kesalahan atau berbohong pun jangan sampai emosi anda meledak-ledak. Tetap tenang dan gunakan akal sihat dalam menjalani suatu masalah. Berbicaralah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyikapi sesuatu kerana emosi terkadang sifatnya hanya sementara. Emosi yang saling beradu sangat berbahaya dalam menjaga hubungan agar tidak putus cinta.

Nine ->  Selesaikan Masalah Yang Ada Secepatnya
Jangan menunda-nunda untuk mencari penyelesaian dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibuat mengambang terlalu lama maka boleh jadi si dia akan berpaling dari anda dan menjalin cinta yang lain. Secepat mungkin hubungan yang terjalin dapat kembali mesra seperti sedia kala setelah masalah terselesaikan.



* That's all from Sepet ! Thankies for Readingg !
* Sepet Shark

Wednesday, August 8, 2012

Part 1 - Quotes


I Love to discover :D Soo ! Enjoy My Quotes ! Sesiapa yang berminat boleh CoptPaste :D
but ! please write something at my Box :D


1-  You know why nothing ever makes sense? People lie.. all the time (Blake Atkins)


2-  Life is not always fair, but one thing I am sure of that it does go on and on (Shada AlDahash)

3-  Sometimes life becomes too complicated and all you need is just to let it flow, because God still controls everything (Wilson Kanadi)

4-  Life is full of give and take. Give thanks and take nothing for granted. (Linda Poindexter)

5-  The truth is, everyone's gonna hurt you. You just have to find the one worth suffering for. (Bob Marley)

* Enough for this site :) I will continue soon !

*SepetShark

Tuesday, August 7, 2012

#2 Future


Kami ditegur Adik Beradik ye ? hehe :D akak tu bukan orang yang pertama berkata demikian :)
Tak tahu akak tu orang yang keberapa ..
ade yang kata muka sama ni jodoh ! Aminn~
aku hanya harap dia jadi masa depan aku nanti. Doakan kami !
Sesiapa yang terlihat aku dan si dia jangan segan-II tegur okeyy !
Kami happy go lucky :D


Write By,
SepetShark

Monday, August 6, 2012

#1 Future


Aku sentiasa harap yang terbaik untuk masa akan datang. Aku nak DIA jadi suami aku dan boleh bentuk akhlak aku sehingga ke Syurga. Setiap hari aku berdoa yang terbaik dalam hubungan kita. 

Sunday, June 24, 2012

▲aku sekolah balik▼


OMG ! aku sekolah balik dengan umur aku 18 tahun !
STPM :D nak tahu aku masuk sekolah mane ?
SMK SHEIKH AHMAD SEREMBAN :D
aku masuk sane bersebab okey syg :)
sebab yang pertama :
- aku tak dapat rayuan UPU & POLITEKNIK !
- swasta banyak aku dapat tapi mahal !
- aku ikot bestiey aku dulu time kat STAN dulu ♥
- aku taknak jauh dari NAZIRUL AFANDI ♥ ♥


aku dapat TING6 tapi bukan dekat seremban sebenarnye !
aku dapat kat nilai ♥
tapi tu lha jiwa aku bukan dekat situ kodd :D



Thursday, June 7, 2012

story about them ♥


sayang , aku nak story pasal besties aku nihh <3
SUMPAH rindu gilerr ! nak duduk hostel balikk lha !
rindu nak buat jahat same-II :)
dulu kan , aku , NANA , ALFARD ,CAMY , AMA :)
suke wat keje yang bukan-II :)
hahaha , jangan fikir kuning oceyy :D
tapi si NANA dengan CAMY yang paling nekad buat something :)
weyy , aku rinduu korang ♥ ♥
aku rindu BLOK 7 :)
aku rindu UMI INTAN dgn UMI WANI ♥
uisshhh~ nak duduk asrama je :)
boleh lha , boleh lha :)
ramai kengkawan kite kat hostel dulu :D
nak mention tak name dorang sesatu ?
aku try ehh ?




DORM 1 --> JEEHA , EIZATY , AIN , SYASYA , IZZAH , HATIKA , NADHIRAH , EMMA , ZALEHA , AZLIA , IZZATI , CHIBIE :D

DORM 2 --> MAMA , MUMMY , NAJAH , EIZATUL , SERINA , FYZA , KECIK , MOMO , AZIE , IZZATY , MYRA , MIERA , MARDIYAH , IDA , AINA

DORM 3 --> AYU , ALFARD , JUE , NANA , CAMY , KYRA , CYRA , EZZATEE , ARYA , TEHA , NAJAT  :D

DORM 4 --> MIEYA , AMOI , MOBY , BELLA , WANI , IEYLA , FATIN ATIKAH , FAIRUZ , ADEK , DYLA , MIJA

* ni je yang aku ingat ! kepda name yang takde :) maaf ye .. teha lupe 

Wednesday, June 6, 2012

happy korang dah baek ♥


yang nih EIRYNN de ELVIRA <3
dia stay KL :)
sebaya dengan teha :D . 18 years old
actually teha baru kenal dia :)
macam dah lame kan ? nope lha :D
dia KUWEK KUWEK :D
ramai giler geng dia :)
teha kenal pon dari TEYA OUHH TEYA <3


yang nihh TEYA OUH TEYA :)
my partner on FACEBOOK :D
wakaka :P
same age lha , 18 years old ..
yang nihh WINKWINK <3
hehehe , happy ever after sayang :)


yang nih geng aku dulu :)
name sebenar dia NURUL ASMA :D
name FB ( BUBU AMAO )
sengal minah yang sorang nihh :D
kita penah gaduh kan kawan ?
tape :D
FRIENDSHIP NEVER ENDS ~

* aku hope korang happy .. jangan gaduh-II okey uols ? aku sayang korang <3 jangan gadoh okey ? EIRYNN , TEYA , EYMA also TEHA :)
haha , nak jugak nyemak kan aku nihh :D

super hero saye :D


Dia aku punye :D kenape ? tak puas hati ? mehh lha gaduh dgn aku :) tak heran lha weyy .. aku dngan dia dah hampir 4 tahun 5 bulan .. yupp ! its totally me and NAZIRUL AFANDI <3 siapa pun awak .. awak kena ingat satu perkara .. hidup mati saya hanya untuk awak .. unly you sayang :D saya taknak ada orang cuba rampas awak dari saya .. saya takot .. saya takot akan kehilangan awak .. saya nak awak tahu , sampai sekarang .. ingatan saya pada kenangan-II kita kuat sangat .. saya nak awak bahgia bersama saya .. maaf kalau entry ni buat awak tak senang or watever .. tapi saya tak tahu nak luahkan macam mane .. sebab saya hanya ade awak sorangg .. hanya awak NAZIRUL AFANDI <3


* p/s : kepada sesiapa yang tak suke aku tulis entry macam ni JANGAN BACA !

Tuesday, May 22, 2012

cara kempiskan perut buncit !

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Friday, May 18, 2012

credit too HANY ZAIDY !


dia dah edit blog aku :) sweet sangat ! hehe <3 sayang kau sampai lebam :) makin bersemangat lha aku nak update entry :) winkwink :D

Wednesday, May 2, 2012

sepetmokk here now !

aku nak start update the new STORY of my life ! fuhh , complicated siott ! aku tak tahu nak update ape lagi . anyway , sesiape yang rase blog aku nih dah delete :) you are right ! but now ! im here :) FOR COMPLETE MY VERSION :) haha <3 tak paham kan ? anyway , thats my new picture .