Thursday, August 30, 2012

Tips hilangkan bekas jerawat :)



Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Monday, August 27, 2012

Vida ♥



Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat

Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka



Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan



Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku



Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku



Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku



Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu



Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

* Aku suka lagu ni start dari Si Dia nyanyi dengan Aku ♥

Sunday, August 26, 2012

Peace No War ♥


Sweet tak kami ? weee ! Dia adek aku yang last , kalau korang perasan lah kan ? banyak gambar aku dengan dia ! Dia comel sangat ! ♥ Time nih kami waiting train nak gerak tengok FootBall ! sempat lagi snap beberape picture :)

Actually , aku takde ape pun nak cerita kat blog ni .. just nak pastikan blog aku ade terisi post yang baru ! haha ♥

Selepas sekian cuti sekolah , akhirnya ! sambung semula esok hari ! haha , bapak malas nak mampuss !

  • Kasut dah berabuk ! tak cuci -.- 
  • Baju sekolah tak gosok lagi -.-
  • Tudung sekolah tah mane2 -.-
  • Jadual tak ikot -.- 

haha , hancus nak mampuss ! selasa ade exam Ekonomi pulak tuhh -.- satu ape pun tak bace whoii !
ape aku nak jawab kat paper tuhh ? tape , jawab mcm ni boleh kodd " Cikgu ! Saya Banyak Kumpul duit raya ! mane ade mase -.- hahaha "

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya 2012 ♥

Dah 5 Syawal berlalu .. Tapi aku baru nak update pasal Raya ! Haha , sibuk sangat melayan tetamu .. Sibuk layan My Future Husband :) ILoveyouFendy ! Haha .
First raya , pepagi uh aku bagun awal nak kemas ape yang patut .. Lepas sembahyang Raya , family aku semua siap-siap nak pergi kubur arwah Nenek Saya ! Aku pakai baju kurung tahun lepas .. Just siap-siap macam uh jee ♥


Gambar kat atas ni before aku pergi kubur Nenek ♥
Then , pas balik dari kubur .. Kiteorang tunggu sedara-mara datang rumah..
Sekali dorang datang ! Ramai gilerr ! Meriah sangatt ! Dapat la jugak aku duit raya !


Baju tu Fendy bagi ♥ Thanks sayang ! Raya ni memang bermakna bagi aku .. Semoga Raya yang seterusnya akan lebih bermakna dari tahun ini .. ♥ ♥


Monday, August 13, 2012

Lindungi Kawan Kami :'(


Lindungilah sahabat kami Ya Allah ! Sembuhkanlah dia :'( Aku harap family dia tabah menghadapi semua ini .. Ely , aku harap abang kau cepat sihat .. Amin ~ Tolong doakan kesihatan Ahmad Ilham Haikal ! Dia menghadapi saat kritikal saat ini . Hanya Allah yang tahu macam mana keadaan dia .. Aku dan kengkawan dia yang lain akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia .. Amin ~

Sunday, August 12, 2012

Hidup aku dilengkapi Fendy


Dia lah teman aku selama ni :) tempat aku mengadu :) bahu yang selalu aku tumpang tuk nangis :'(
Nazirul Afandi .. Aku berjanji ! Aku akan jaga kau seumur hidup aku !
Hanya kau saat ni .. Try la pisahkan kiteorang ! Memang kau bermain api dengan aku :/
Mencari maut namenye tuu ! Haha , pape pun Thankiess sayang ! Kau hadir dalam life aku :'(

Friday, August 10, 2012

Tips menjaga hati kekasih :)



Today sepet nak cerita pasal tips MENJAGA HATI KEKASIH ! nak tahu kenapa teha terfikir pasal tips ni ?
Sebab sepet nak jaga hati dan perasaan KEKASIH sepet :) Here i have something nice tips for you all :)

One -> Beri Perhatian Lebih
Perlakukan si dia berbeza dan lebih baik dari orang lain. Ketika dia ulang tahun atau event-event tertentu ucapkan selamat dan juga boleh anda beri hadiah. Buatlah seolah-olah dia seorang yang istimewa dan anda tidak mahu kehilangan dirinya. Jika dia ada masalah, bantulah sekurangnya dengan mendengar luahan atau curahan serta membantu dengan memberi penyelesaian. 

Two -> Ungkapan Cinta Yang Tulus Dan Wajar
Jangan memberi ungkapan yang berlebihan yang tidak sesuai dengan kenyataan. Ungkapkan cinta anda secukupnya secara munasabah tidak dibuat-buat secara paksa. Varasi ungkapan cinta anda dengan pelbagai kaedah dan cara agar tidak bosan.

Three -> Pelajari Sifat Dan Kelakuan
Amati dan pelajari apa-apa yang ia sukai dan apa-apa yang tidak disukainya. Jika anda sudah tahu, jangan lakukan hal-hal yang tidak ia sukai dan lakukanlah apa yang dia suka selagi tidak melanggar undang-undang, dan agama serta tidak membebani anda. Elakkan hubungan seks di luar nikah untuk mengelakkan masalah yang boleh muncul. Tolak dengan baik ajakan-ajakan yang berbahaya, kerana belum tentu ia akan berkahwin dengan anda.

Four -> Jangan Berkira Dan Kedekut

Ketika sedang pergi berdua jika boleh tanggunglah kos-kos seperti makan, menonton, belanja, jajan, transport, dan sebagainya. Jangan asyik nak di belanja sahaja tanpa mahu mengorbankan sedikit wang anda untuk orang yang anda sayangi. Tetapi jika salah satu ada yang sudah bekerja dan yang satunya tidak bekerja, dibayari adalah sesuatu yang wajar.

Five -> Perjelas Hubungan Ke Depan
Komitmen berkahwin merupakan sesuatu yang penting dan perlu disepakati yang menunjukkan bahawa anda dan pasangan saling mencintai. Komitmen tersebut boleh didedahkan di awal mahupun setelah lama berkaitan. Semakin jelas hubungan anda dengan dirinya, maka semakin kuat ikatan batin anda dengan si dia. Lebih-lebih lagi jika keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui serta merestuinya. Berdoalah kepada Tuhan agar anda kelak bahagia bersama pasangan anda.

Six-> Hubungan Keluarga Yang Baik
Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menyatukan kedua-dua keluarga.

Seven -> Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri
Jadi sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.Jangan membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur ​​tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.

Eight -> Menjaga Emosi
Jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk membendung amarah si dia. Ungkapkan anda tidak suka jika dia marah membabi-buta. Jika si dia melakukan kesalahan atau berbohong pun jangan sampai emosi anda meledak-ledak. Tetap tenang dan gunakan akal sihat dalam menjalani suatu masalah. Berbicaralah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyikapi sesuatu kerana emosi terkadang sifatnya hanya sementara. Emosi yang saling beradu sangat berbahaya dalam menjaga hubungan agar tidak putus cinta.

Nine ->  Selesaikan Masalah Yang Ada Secepatnya
Jangan menunda-nunda untuk mencari penyelesaian dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibuat mengambang terlalu lama maka boleh jadi si dia akan berpaling dari anda dan menjalin cinta yang lain. Secepat mungkin hubungan yang terjalin dapat kembali mesra seperti sedia kala setelah masalah terselesaikan.



* That's all from Sepet ! Thankies for Readingg !
* Sepet Shark

Wednesday, August 8, 2012

Part 1 - Quotes


I Love to discover :D Soo ! Enjoy My Quotes ! Sesiapa yang berminat boleh CoptPaste :D
but ! please write something at my Box :D


1-  You know why nothing ever makes sense? People lie.. all the time (Blake Atkins)


2-  Life is not always fair, but one thing I am sure of that it does go on and on (Shada AlDahash)

3-  Sometimes life becomes too complicated and all you need is just to let it flow, because God still controls everything (Wilson Kanadi)

4-  Life is full of give and take. Give thanks and take nothing for granted. (Linda Poindexter)

5-  The truth is, everyone's gonna hurt you. You just have to find the one worth suffering for. (Bob Marley)

* Enough for this site :) I will continue soon !

*SepetShark

Tuesday, August 7, 2012

#2 Future


Kami ditegur Adik Beradik ye ? hehe :D akak tu bukan orang yang pertama berkata demikian :)
Tak tahu akak tu orang yang keberapa ..
ade yang kata muka sama ni jodoh ! Aminn~
aku hanya harap dia jadi masa depan aku nanti. Doakan kami !
Sesiapa yang terlihat aku dan si dia jangan segan-II tegur okeyy !
Kami happy go lucky :D


Write By,
SepetShark

Monday, August 6, 2012

#1 Future


Aku sentiasa harap yang terbaik untuk masa akan datang. Aku nak DIA jadi suami aku dan boleh bentuk akhlak aku sehingga ke Syurga. Setiap hari aku berdoa yang terbaik dalam hubungan kita.