Friday, August 10, 2012

Tips menjaga hati kekasih :)



Today sepet nak cerita pasal tips MENJAGA HATI KEKASIH ! nak tahu kenapa teha terfikir pasal tips ni ?
Sebab sepet nak jaga hati dan perasaan KEKASIH sepet :) Here i have something nice tips for you all :)

One -> Beri Perhatian Lebih
Perlakukan si dia berbeza dan lebih baik dari orang lain. Ketika dia ulang tahun atau event-event tertentu ucapkan selamat dan juga boleh anda beri hadiah. Buatlah seolah-olah dia seorang yang istimewa dan anda tidak mahu kehilangan dirinya. Jika dia ada masalah, bantulah sekurangnya dengan mendengar luahan atau curahan serta membantu dengan memberi penyelesaian. 

Two -> Ungkapan Cinta Yang Tulus Dan Wajar
Jangan memberi ungkapan yang berlebihan yang tidak sesuai dengan kenyataan. Ungkapkan cinta anda secukupnya secara munasabah tidak dibuat-buat secara paksa. Varasi ungkapan cinta anda dengan pelbagai kaedah dan cara agar tidak bosan.

Three -> Pelajari Sifat Dan Kelakuan
Amati dan pelajari apa-apa yang ia sukai dan apa-apa yang tidak disukainya. Jika anda sudah tahu, jangan lakukan hal-hal yang tidak ia sukai dan lakukanlah apa yang dia suka selagi tidak melanggar undang-undang, dan agama serta tidak membebani anda. Elakkan hubungan seks di luar nikah untuk mengelakkan masalah yang boleh muncul. Tolak dengan baik ajakan-ajakan yang berbahaya, kerana belum tentu ia akan berkahwin dengan anda.

Four -> Jangan Berkira Dan Kedekut

Ketika sedang pergi berdua jika boleh tanggunglah kos-kos seperti makan, menonton, belanja, jajan, transport, dan sebagainya. Jangan asyik nak di belanja sahaja tanpa mahu mengorbankan sedikit wang anda untuk orang yang anda sayangi. Tetapi jika salah satu ada yang sudah bekerja dan yang satunya tidak bekerja, dibayari adalah sesuatu yang wajar.

Five -> Perjelas Hubungan Ke Depan
Komitmen berkahwin merupakan sesuatu yang penting dan perlu disepakati yang menunjukkan bahawa anda dan pasangan saling mencintai. Komitmen tersebut boleh didedahkan di awal mahupun setelah lama berkaitan. Semakin jelas hubungan anda dengan dirinya, maka semakin kuat ikatan batin anda dengan si dia. Lebih-lebih lagi jika keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui serta merestuinya. Berdoalah kepada Tuhan agar anda kelak bahagia bersama pasangan anda.

Six-> Hubungan Keluarga Yang Baik
Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menyatukan kedua-dua keluarga.

Seven -> Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri
Jadi sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.Jangan membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur ​​tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.

Eight -> Menjaga Emosi
Jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk membendung amarah si dia. Ungkapkan anda tidak suka jika dia marah membabi-buta. Jika si dia melakukan kesalahan atau berbohong pun jangan sampai emosi anda meledak-ledak. Tetap tenang dan gunakan akal sihat dalam menjalani suatu masalah. Berbicaralah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyikapi sesuatu kerana emosi terkadang sifatnya hanya sementara. Emosi yang saling beradu sangat berbahaya dalam menjaga hubungan agar tidak putus cinta.

Nine ->  Selesaikan Masalah Yang Ada Secepatnya
Jangan menunda-nunda untuk mencari penyelesaian dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibuat mengambang terlalu lama maka boleh jadi si dia akan berpaling dari anda dan menjalin cinta yang lain. Secepat mungkin hubungan yang terjalin dapat kembali mesra seperti sedia kala setelah masalah terselesaikan.



* That's all from Sepet ! Thankies for Readingg !
* Sepet Shark

No comments: