Friday, June 6, 2014

Luahan hati Jumaat .

Bismillah.. Di hari jumaat yang penuh keberkatan ni.. Aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada sesiapa yang aku pernah menyakitinya.. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk menolak segala ujian yang diuji oleh - NYA . Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku rasa dah banyak sangat aku alpa dengan dunia yang belum tentu kekal untuk kita semua .

Aku lemah sangat dengan ujian mu ini Ya Allah . Sungguh aku dah tak berdaya nak harungi semua ini . Masalah yang tiada akhirnya . Kenapa ? Sebab aku terlalu lemah untuk menidakkan segalanya . Tapi aku dah serik nak mengulanginya . Hati aku terlalu sakit saat ini . Apa-apa pun aku bersyukur telah dikurniakan kawan yang sangat hebat dalam kehidupan aku . Terima kasih Ya Allah , terima kasih semua . Kalau aku tiada kawan disekeliling aku , aku tak sanggup nak harunginya sendiri. Keluarga aku . Yang sangat positif dalam semua perkara.

" Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan."

 " Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini."

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat sahabat ku. Aku lebih selesa berkawan dengan semua orang. 

No comments: